Wednesday, October 28, 2009

Soalan Ting 1; Elektrik

TINGKATAN 1 – ELEKTRIK



1. Antara berikut, alatan tangan yang manakah mempunyai fungsi yang disenaraikan di atas?

A. Pemotong sisi
B. .Playar gabung
C.. Penjalur wayar
D.. Playar muncung tirus

2.Jenis wayar yang paling sesuai digunakan untuk membuat pendawaian pada plag 3 pin 13 A ialah
A. Wayar tiga teras
B. Wayar teras tunggal
C. Wayar teras kembar
D. Wayar lembar tunggal


3.Semua pernyataan di bawah tentang fius adalah salah kecuali
A. Fius digunakan untuk menghidupkan alatan elektrik
B.Fius digunakan untuk melindungi litar dan perkakas elektrik
C. Fius hanya terdapat pada plag 3 pin 15A
D. Fius akan terus berfungsi walaupun arus elektrik berlebihan melaluinya.

4.Apabila suis dihidupkan, lampu pendarfluor tidak menyala. Apakah kerosakan yang mungkin berlaku?
I. Cok rosak
II. Tiub rosak
III. Suis penghidup rosak
IV Fius putus
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III, dan IV



5. Antara berikut, alatan yang manakah menggunakan prinsip aruhan kemagnetan untuk
menghasilkan arus elektrik?
A. Sel asid plumbum
B. Sel kering
C. Sel solar
D. Dinamo basikal



6. Antara berikut , jenis sel kering yang manakah boleh di cas semula?
I. Sel alkali
II Sel lithium
III Sel merkuri
IV. Sel nikel kadmium

A. I dan II C. II dan III
B. II dan IV D. III dan IV







6. Kegunaan utama wayar kuprum berenamel ialah
A. Membuat gegelung pada motor elektrik
B. Membuat pendawaian litar mudah
C. Membuat pendawaian litar elektrik di rumah
D. Membuat pendawaian radio dan komponen elektronik

7. Fius adalah sejenis alat keselamatan yang di gunakan dalam litar elektrik.
Bagaimanakah kaedah kendalian fius di dalam litar?.
A. Menurunkan nilai arus elektrik
B. Memutuskan bekalan arus elektrik jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas.
C. Meninggikan nilai arus elektrik di dalam litar.
D. Menstabilkan bekalan arus elektrik yang di gunakan oleh peralatan elektrik

8. Gas yang di isi di dalam tiub lampu pendarfluor ialah
A. Fosfur
B. Merkuri
C. Gas argon
D. Merkuri dan gas argon



Mencabut penghidup lampu pendarfluor setelah lampu itu menyala



9. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang akan terjadi kepada nyalaan lampu
pendarfluor tersebut?
A. Terus menyala
B. Padam
C. Berkelip-kelip
D. Berkelip-kelip dan terus padam

10. Apakah fungsi cok?
I. Menghasilkan cahaya
II Membekalkan beza keupayaan yang tinggi
III Menghadkan arus penghidup
IV Memegang tiub

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV


- Lampu tidak menyala apabila di hidupkan
- Lampu berkelip-kelip tetapi tidak menyala
- Lampu tidak menyala dan hujung tiub gelang bertanda merah





11. Berdasarkan pernyataan di atas, bahagian lampu pendarfluor yang perlu diganti ialah
A. Cok
B. Suis penghidup
C. Pemegang tiub
D. Tiub

12. Pilih urutan yang betul bagi pendawaian lampu pendarfluor
I. Tutup perumah dan pasangkan skru.
II. Pasangkan tiub dengan memasukkan pin elektrod ke dalam pemegang dan pusing
90 darjah
III. Longgarkan skru dan buka penutup rumah
IV Buat sambungan menggunakan wayar teras tunggal

A. I, II, III, IV
B. I, III, IV, II
C. III, IV, I, II
D. IV, I, II, III



13.Antara yang berikut, manakah benar tentang fungsi meter pelbagai?
I. Menyukat voltan
II. Menyukat rintangan
III. Menyukat arus elektrik
IV. Menyukat tenaga elektrik

A. I,II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II,III dan IV

14.Apakah alatan dalam unit kawalan utamabekalan elektrik domestic yang berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik ke seluruh litar di rumah dan mengawal elektrik berlebihan
Kotak agihan berfius
Meter Kilowatt jam
Pemutus litar arus baki
Suis utama




14. Apakah kegunaaan playar muncung tirus?
A. Memegang benda kecil dan mem-bengkokkan kaki komponen elektronik
B. Memotong dan menanggalkan penebat wayar
C. Memutar skru kepala rata
D. Memotong wayar dan kaki komponen yang berlebihan

15. alat yang sesuai digunakna untuk mencengkam, mem-bentuk, dan memotong kaki komponen ialah...
A. Playar muncung tirus
B. Penjalur wayar
C. Pemotong sisi
D. Playar gabung

Soalan Ujian : Orgn. Bengkel

(TINGKATAN 1 - TERAS)

Organisasi Bengkel dan Keselamatan

1. Kemalangan yang berlaku di bengkel hendaklah segera dirujuk kepada

A. Formen
B. Guru
C. Doktor
D. Hospital

2. Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan berasaskan perkara-perkara berikut kecuali.

A. Kerjasama guru dan murid
B. Menjalankan tugas secara berkumpulan, bergilir-gilir, sistematik, dan mengamalkan tabiat kerja yang selamat
C. Pendedahan pengurusan bengkel dan kecanggihan teknologi
D. Menjalankan kerja mengikut amali kehendak sendiri
3. Kemalangan di dalam bengkel berpunca dari perkara-perkara berikut. Pilih kenyataan yang benar.

I. Kecuaian
II. Menggunakan alatan tajam
III. Menggunakan alatan yang tumpul
IV. Tidak mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel

A. I dan II C. I, II dan III
B. I dan IV D. I, III dan IV

4. Susunkan langkah kendalian alat pemadam api di bengkel Kemahiran Hidup.

I. Halakan muncung pemancut ke dasar api
II. Keluarkan pin picu dan pegang alat pemadam api secara menegak
III. Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disembur

A. I, II, III C. II, I, III
B. I, III, II D. III, II, I





5. Ciri-ciri murid yang mempunyai etika kerja yang baik ialah

I. Amanah
II. Bertanggungjawab
III. Membuat kerja amali tanpa arahan
IV. Menepati waktu

A. I, II dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV


SKEMA JAWAPAN

1. B
2. D
3. C
4. C
5. A



























Jawab semua soalan

1. Tujuan utama peraturan keselamatan makmal atau bengkel adalah untuk .......
A. Melatih pelajar supaya bersikap berkerjasama dan tanggungjawab
B. Mengelakkan daripada ber- lakunya sebarang kemalangan yang tidak dinggini.
C. Melatih pelajar menjalankan dan menyiapkan kerja dengan cepat
D. Memastikan semua pelajar mengetahui dan mematuhi peraturan keselamatan.

1. Apakah kegunaan jadual kerja?
A. Bagi memastikan semua ahli menjalankan tugas mengikut giliran
B. Bagi memastikan semua murid sentiasa sibuk
C. Bagi meastikan bengkel selamat digunakan
D. Membina nilai-nilai negatif dalam diri murid

3. Kemalangan dibengkel akan berlaku jika........
A. Bilik berkerja kemas dan teratur
B. Menggunakan alatan tangan yang salah
C. Mematuhi peraturan kese-lamatan bengkel
D. Adanya tempat untuk men-yimpan alat-alat tangan

4. Jenis pemadam api yang biasa dibekalkan di bengkel ialah jenis
A. Air
B. Buih
C. Debu kering
D. Karbon dioksida

5. Antara berikut, jenis kecederaan yang manakah boleh dirawat sendiri?
A. Terputus jari
B. Luka kecil di jari
C. Tangan terkena asid
D. Mata tercucuk benda tajam

6. Mengapakah paku panel selalunya dipaku secara serong?
A. Bagi mengurangkan kos projek
B. Bagi mengurangkan ke-rosakan paku
C. Bagi menghasilkan ceng-kaman yang kuat
D. Memudahkan paku dicabut

7. Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan bod MDF?
I. Tahan haba
II. Kalis air
III. Mudah dipotong
IV. Permukaan kicin dan rata
A. I, II C. I, III, IV
B. II, IV D. I, II, III, IV

8. Apakah kelemahan bod MDF?
A. Mudah dipotong
B. Permukaan lebar
C. Tidak kalis air
D. Permukaan rata dan licin

9. Antara yang berikut, bukan peraturan keselamatan ketika menggunakan mesin gerudi lantai?
A. Pakai gogal ketika menggerudi
B. Kunci bindu gerudi dengan ketat
C. Gunakan kelajuan tinggi apabila menggerudi lubang bersaiz besar
D. Apit benda kerja pada ragum gerudi dengan kemas

Tuesday, July 28, 2009

Kematian Bila-bila Masa ...insaflah

Kematian Kita akan terjadi bila-bila masa sahaja.

oleh itu kita mesti sentiasa insaf.

Alangkah indahnya kematian saudara kita ini... mati ketika sujud kehadrat penciptanya. Bahagia sungguh dia.

Friday, July 24, 2009

Topik 1: Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

Tugas Harian :

1. Menyusun dan memeriksa alatan

2.Menyapu lantai dan membuang sampah

3.Menutup tingkap, suis lampu, kipas dan memadam papan tulis

4.Mengumpul dan meyimpan baki bahan kerja dan projek


Jenis Bahan Pemadam Api

Jenis Bahan Pemadam Api Punca Api/Bahan Bakar Label

Air Kayu, sampah sarap, plastik,kain A

Buih Minyak, cat, petrol, lekar, thinner, gas B

Debu Kering Semua Jenis Bahan ABC


Karbon Dioksida Minyak, cat, petrol, lekar, gas, peralatan elektrik BC



Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul .

bengkel,basah,beracun ,Formen ,direkodkan , kecederaan, kebakaran kecil, keselamatan. kerja amali, kotak pertolongan cemas, membersih, menyusun atur, mendisiplin, menilai, terbakar

1. Pengurusan _____________________ yang baik dapat membantu kelancaran pelaksanaan tugasan semasa kerja amali

2. Peraturan ?________________________ semasa didalam bengkel mestilah dipatuhi

3. Semangat bekerjasama semasa melakukan ??___________________ dan membersihkan bengkel harus dipupuk di dalam diri

4. _________________ dilantik oleh guru dan terdiri daripada pelajar

5. Bahan yang mudah ?___________________ ?dan ______________________ mestilah diasingkan dan disimpan di dalam almari yang berkunci

6. Amalan 4M yang mesti dipatuhi semasa bekerja di bengkel Kemahiran Hidup ialah ___________________ ,

____________________ , ______________________ dan _____________________________

7. Pastikan tangan tidak _______________________________ ?apabila menggunakan peralatan letrik

8. Sebarang kehilangan atau kerosakan alatan atau bahan perlu dilaporkan kepada guru untuk _______________

9. _____________________________________ perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan mudah diambil apabila berlaku kemalangan atau ____________________________

10. Alat pemadam api digunakan untuk memadam _______________________ sebelum merebak menjadi besar.


Jawab semua soalan dibawah .

1 Namakan 4 jenis bahan yang terdapat di dalam kotak pertolongan cemas


a) ______________________________________
b) ____________________________________

c) ______________________________________
d) ____________________________________

2. Berikan konsep 4M yang perlu diamalkan semasa bekerja di bengkel


a) ______________________________________
b) ____________________________________

c) ______________________________________
d) ____________________________________

3. Namakan bahan-bahan yang mudah terbakar dan perlu disimpan di dalam almari yang berkunci dan diasingkan daripada sumber api

a) ______________________________________
b) ____________________________________

c) ______________________________________

d) ____________________________________

BAB PERTAMA : KHB PIL 4

Bab 1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

i) Pengurusan bengkel bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan, peraturan, kebersihan dan mengelakkan kemalangan.

ii) Carta pengurusan yang baik adalah seperti berikut :-


iii) Formen akan menyelaraskan kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar secara berkumpulan.

iv) Semasa membuat kerja-kerja amali, aspek yang perlu dititikberatkan adalah ;

a) pastikan bengkel sentiasa kemas dan bersih
b) amalkan nilai-nilai? murni dalam diri, seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan mematuhi peraturan
c) sentiasa mematuhi peraturan keselamatan bengkel
d) pastikan tugasan dijalankan dengan teratur dan sistematik

v) Mengamalkan? langkah-langkah keselamatan amat penting untuk mengelakkan kemalangan

vi) Buku rekod kemalangan dan kecederaan harus disediakan dan diletakkan di dalam bengkel

vii) Etika dan budaya kerja mesti diamalkan

viii) Etika kerja bermaksud? disiplin dan sikap sesorang terhadap kerja yang dibuat, seperti menepati waktu, bertanggungjawab dan amanah

ix) Budaya kerja ialah peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi

x) Contoh budaya kerja adalah :

a) mempunyai hubungan baik dikalangan pekerja
b) menjamin mutu kerja yang baik dan produktif
c) sentiasa mengamalkan tabiat kerja yang baik
d) meningkatkan daya keintelektualan dan disiplin diri
e) Amalan 4 M ( Membersih , Menyusun atur, Mendisipilin, Menilai

SUKATAN KHB PILIHAN 4

PILIHAN 4

4. Perdagangan dan Keusahawanan

Bidang ini menyediakan murid dengan pengetahuan serta amalan perniagaan dan keusahawanan yang melibatkan pengurusan dan etika perniagaan, dokumen perniagaan, menyimpan rekod, pengeluaran, konsumerisme, pemasaran dan simpan kira. Tujuan bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Murid juga boleh bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.

4.1 Pengenalan kepada Perniagaan

a. Konsep dan kepentingan perniagaan
b. Perkembangan perniagaan dan masa depannya
c. Bentuk dan jenis perniagaan
d. Milikan perniagaan
e. Faktor mempengaruhi perniagaan

4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan

a. Langkah-langkah menubuhkan perniagaan kecil
b. Pengendalian perniagaan
c. Bantuan Perniagaan

4.3 Dokumen Perniagaan

a. Kepentingan dokumen
b. Jenis dokumen
c. Maklumat penting dalam dokumen

4.4 Pengeluaran

a. Pengertian pengeluaran
b. Faktor pengeluaran
c. Bidang pengeluaran
d. Kaitan pengeluaran dengan permintaan
e. Proses pengeluaran
f. Pengiraan kos

4.5 Keusahawanan

a. Konsep keusahawanan
b. Ciri utama usahawan
c. Usahawan dalam negeri
d. Peranan kerajaan dalam membantu usahawan

4.6 Pengenalan Kepada Pemasaran

a. Pengertian pemasaran
b. Fungsi pemasaran
c. Objektif dan aktiviti pemasaran
d. Masalah pemasaran
e. Strategi pemasaran

4.7 Konsumerisme

a. Pengguna dan konsumerisme
b. Hak dan tanggungjawab pengguna
c. Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna
d. Peranan persatuan pengguna dan kerajaan

Peranan persatuan pengguna dan kerajaan Simpan Kira
a. Menyimpan rekod urusniaga
b. Merekod urusniaga
c. Imbangan Duga
d. Akaun Penamate. Kunci Kira-kira (Lembaran Imbangan)

SUKATAN PELAJARAN KHB TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SUKATAN PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN I-III
(SEMAKAN)
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
Mei 2002


RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagaibagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.

Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan. Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF

Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk membolehkan murid:

1. Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit
2. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea dari pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk
3. Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian
4. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit
5. Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu
6. Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul
7. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa
8. Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan
9. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos
10. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek
11. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat

ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan mata pelajaran ini diolah mengikut bidang pembelajaran yang mengandungi beberapa unit pembelajaran. Unit pembelajaran ini dihuraikan dalam bentuk tajuk atau aktiviti. Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi. Manakala Bahagian Pilihan mempunyai empat bidang pembelajaran iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan. Murid mengambil semua bidang pembelajaran dalam Bahagian Teras dan salah satu daripada empat bidang pembelajaran dalam Bahagian Pilihan. Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran mengikut bahagian adalah seperti di bawah.

BAHAGIAN TERAS

1. Reka Bentuk dan Teknologi

Bidang ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas teknologi yang membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif. Produk yang dihasilkan boleh berfungsi secara berkesan khususnya di tempat tinggal dan di tempat kerja. Bidang ini merangkumi teknik, operasi dan proses pembuatan yang melibatkan aktiviti seperti pemasangan, penyenggaraan dan baik pulih dalam kerja elektrik, elektronik dan paip. Murid juga didedahkan kepada lukisan teknik, penggunaan pelbagai bahan binaan dan kemahiran dalam masakan, jahitan, mengurus tempat kediaman dan tanaman hiasan.

1.1 Organisasi Bengkel dan Keselamatan

a. Pengurusan organisasi bengkel dan keselamatan

1.2 Reka Cipta

a. Pengenalpastian masalah
b. Pencetusan, penjanaan dan pemilihan idea
c. Perekaan projek
d. Pemilihan reka bentuk
e. Perancangan pembinaan projek
f. Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
g. Pendokumentasian

1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

a. Pengenalan reka bentuk dan teknologi
b. Jenis bahan dan pengikat
c. Reka bentuk projek
d. Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek
e. Pendokumentasian

1.4 Elektrik

a. Sumber dan kegunaan elektrik
b. Jenis wayar dan kerja pendawaian
c. Mengira kos tenaga elektrik
d. Pengenalan motor arus terus

1.5 Elektronik

a. Nama, simbol dan fungsi komponen
b. Membaca dan menterjemah lukisan skematik

KHB Tingkatan Satu

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
KEMAHIRAN HIDUP TERAS
TINGKATAN: SATU

Topik/Hasil Pembelajaran

Program Suai Kenal
1. Organisasi Bengkel dan Keselamatan
a) pengurusan organisasi bengkel dan keselamatan
menyedia dan mempraktikkan struktur organisasi bengkel
mengamalkan langkah keselamatan
2. Kerja Paip
a) pengenalan sistem bekalan air di rumah
mengenalpasti sistem bekalan air dirumah
mengenalpasti nama dan fungsi paip yang disambungkan ke tangki simpanan air
b) jenis paip , penyambung paip dan bahan pemasangan paip
mengenalpasti jenis paip
mengenalpasti jenis dan fungsi penyambung paip
mengenalpasti bahan pemasangan paip
c) jenis dan kelengkapan paip
mengenalpasti dan menggunakan alatan tangan
mengenalpasti jenis, nama bahagian dan fungsi tangki simbah
menyatakan operasi tangki simbah
mengawal aras air dalam tangki simbah
mengenalpasti jenis dan bahagian utama pili
mengganti sesendal pili
d) kerja penyenggaraan
mengenalpasti jenis dan fungsi perangkap
memilih dan menggunakan alatan tangan yang sesuai untuk kerja penyenggaraan perangkap
3. Jahitan
a) mesin jahit
mengenalpasti jenis mesin jahit
menerangkan fungsi dan bahagian jahitan
memasang benang atas dan benang bawah
menggunakan mesin jahit
menjahit kertas tanpa benang
menjahit fabrik menggunakan benang
membaiki kesilapan memesin
menyenggara mesin jahit
b)penghasilan artikel
menjahit artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit
menghias artikel dengan jahitan insang pari, suji bilang, silang pangkah dan renda
menetapkan bahan hiasan pada artikel dengan menggunakan mesin jahit
merekabentuk dan menghasilkan artikel dengan mengunakan mesin jahit
menghias artikel dengan kun
menilai hasil kerja
4.Tanaman Hiasan
a) pembiakan secara keratan
menyediakan medium semaian
menerangkan jenis keratan batang
menyemai keratan dalam medium semaian
menjaga keratan batang ditapak semaian
memilih contoh pokok hiasan yang boleh dibiak mellaui keratan batang
b) penanaman
menyediakan medium penanaman
mengubah keratan berakar ke beg politema
c) penjagaan anak pokok
menjaga anak pokok

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

5. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
a) pengenalan reka bentuk dan teknologi
menyatakan definisi reka bentuk dan teknologi
b) faktor reka bentuk?
menyatakan faktor utama reka bentuk
c) jenis bahan dan pengikat
mengenalpasti saiz dan sifat bahan
menyenaraikan kekuatan dan kelamahan bahan
mengenalpasti jenis dan saiz pengikat
mengenalpasti cara penggunaan pengikat
d) alatan tangan dan mesin
mengenalpasti nama dan fungsi alatan tangan
mengenalpasti nama dan fungsi mesin
mengenalpasti bahagian utama mesin
mengguna dan menyenggara mesin
e) proses?
i. Lukisan projek
membuat lakaran reka bentuk
memilih lakaran yang paling sesuai
ii. Pembinaan
mengenalpasti proses mengukur, menanda dan memotong
mengenalpasti cara membentuk dan mencantum
menyatakan kaedah membina dan mencantum bahagian projek
iii. Kemasan
mengenalpasti alat dan bahan kemasan yang sesuai
membuat kemasan
f) reka bentuk projek
i. Pernyataan masalah atau keperluan
mengenalpasti masalah atau keperluan yang hendak diselesaikan
mengumpul maklumat dan data
menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian? masalah dalam bentuk lakaran bebas
ii. Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek
menyediakan jadual kerja
menyenaraikan bahan dan alatan tangan yang diperlukan
membuat projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
menguji dan menilai projek
mengubahsuai projek untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti
iii. Pendokumentasian
mengumpul dan merekodkan maklumat projek
mengira kos pengeluaran?
membuat persembahan projek
6. Elektrik
a) sumber dan kegunaan elektrik
mengenalpasti sumber elektrik
mengenalpasti kegunaan elektrik
b) jenis wayar dan kerja pendawaian
mengenalpasti alatan tangan dan fungsinya
mengenalpasti jenis wayar dan kegunaannya
mengenalpasti jenis plag 3 pin 13A
menyatakan fungsi fius
mengenalpasti bahagian lampu pendaflour
mengganti tiub dan suis penghidup
membaca dan menterjemah litar pendawaian lampu pendaflour
membuat pendawaian lampu pendaflour dengan menggunakan alatan tangan

Selamat Datang Ke KHB SMKSA 2


SMK SERI ALAM 2,

BANDAR SERI ALAM,

81750 MASAI,

JOHOR BAHRU



KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU


Pilihan 1: KMT

Pilihan 2: ERT

Pilihan 3 : PTN (tidak ditawarkan disini)

Pilihan 4 : Perdagangan dan keusahawanan