Wednesday, October 28, 2009

Soalan Ting 1; Elektrik

TINGKATAN 1 – ELEKTRIK



1. Antara berikut, alatan tangan yang manakah mempunyai fungsi yang disenaraikan di atas?

A. Pemotong sisi
B. .Playar gabung
C.. Penjalur wayar
D.. Playar muncung tirus

2.Jenis wayar yang paling sesuai digunakan untuk membuat pendawaian pada plag 3 pin 13 A ialah
A. Wayar tiga teras
B. Wayar teras tunggal
C. Wayar teras kembar
D. Wayar lembar tunggal


3.Semua pernyataan di bawah tentang fius adalah salah kecuali
A. Fius digunakan untuk menghidupkan alatan elektrik
B.Fius digunakan untuk melindungi litar dan perkakas elektrik
C. Fius hanya terdapat pada plag 3 pin 15A
D. Fius akan terus berfungsi walaupun arus elektrik berlebihan melaluinya.

4.Apabila suis dihidupkan, lampu pendarfluor tidak menyala. Apakah kerosakan yang mungkin berlaku?
I. Cok rosak
II. Tiub rosak
III. Suis penghidup rosak
IV Fius putus
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III, dan IV



5. Antara berikut, alatan yang manakah menggunakan prinsip aruhan kemagnetan untuk
menghasilkan arus elektrik?
A. Sel asid plumbum
B. Sel kering
C. Sel solar
D. Dinamo basikal



6. Antara berikut , jenis sel kering yang manakah boleh di cas semula?
I. Sel alkali
II Sel lithium
III Sel merkuri
IV. Sel nikel kadmium

A. I dan II C. II dan III
B. II dan IV D. III dan IV







6. Kegunaan utama wayar kuprum berenamel ialah
A. Membuat gegelung pada motor elektrik
B. Membuat pendawaian litar mudah
C. Membuat pendawaian litar elektrik di rumah
D. Membuat pendawaian radio dan komponen elektronik

7. Fius adalah sejenis alat keselamatan yang di gunakan dalam litar elektrik.
Bagaimanakah kaedah kendalian fius di dalam litar?.
A. Menurunkan nilai arus elektrik
B. Memutuskan bekalan arus elektrik jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas.
C. Meninggikan nilai arus elektrik di dalam litar.
D. Menstabilkan bekalan arus elektrik yang di gunakan oleh peralatan elektrik

8. Gas yang di isi di dalam tiub lampu pendarfluor ialah
A. Fosfur
B. Merkuri
C. Gas argon
D. Merkuri dan gas argon



Mencabut penghidup lampu pendarfluor setelah lampu itu menyala



9. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang akan terjadi kepada nyalaan lampu
pendarfluor tersebut?
A. Terus menyala
B. Padam
C. Berkelip-kelip
D. Berkelip-kelip dan terus padam

10. Apakah fungsi cok?
I. Menghasilkan cahaya
II Membekalkan beza keupayaan yang tinggi
III Menghadkan arus penghidup
IV Memegang tiub

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV


- Lampu tidak menyala apabila di hidupkan
- Lampu berkelip-kelip tetapi tidak menyala
- Lampu tidak menyala dan hujung tiub gelang bertanda merah





11. Berdasarkan pernyataan di atas, bahagian lampu pendarfluor yang perlu diganti ialah
A. Cok
B. Suis penghidup
C. Pemegang tiub
D. Tiub

12. Pilih urutan yang betul bagi pendawaian lampu pendarfluor
I. Tutup perumah dan pasangkan skru.
II. Pasangkan tiub dengan memasukkan pin elektrod ke dalam pemegang dan pusing
90 darjah
III. Longgarkan skru dan buka penutup rumah
IV Buat sambungan menggunakan wayar teras tunggal

A. I, II, III, IV
B. I, III, IV, II
C. III, IV, I, II
D. IV, I, II, III



13.Antara yang berikut, manakah benar tentang fungsi meter pelbagai?
I. Menyukat voltan
II. Menyukat rintangan
III. Menyukat arus elektrik
IV. Menyukat tenaga elektrik

A. I,II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II,III dan IV

14.Apakah alatan dalam unit kawalan utamabekalan elektrik domestic yang berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik ke seluruh litar di rumah dan mengawal elektrik berlebihan
Kotak agihan berfius
Meter Kilowatt jam
Pemutus litar arus baki
Suis utama




14. Apakah kegunaaan playar muncung tirus?
A. Memegang benda kecil dan mem-bengkokkan kaki komponen elektronik
B. Memotong dan menanggalkan penebat wayar
C. Memutar skru kepala rata
D. Memotong wayar dan kaki komponen yang berlebihan

15. alat yang sesuai digunakna untuk mencengkam, mem-bentuk, dan memotong kaki komponen ialah...
A. Playar muncung tirus
B. Penjalur wayar
C. Pemotong sisi
D. Playar gabung

Soalan Ujian : Orgn. Bengkel

(TINGKATAN 1 - TERAS)

Organisasi Bengkel dan Keselamatan

1. Kemalangan yang berlaku di bengkel hendaklah segera dirujuk kepada

A. Formen
B. Guru
C. Doktor
D. Hospital

2. Organisasi bengkel merupakan sistem pengurusan berasaskan perkara-perkara berikut kecuali.

A. Kerjasama guru dan murid
B. Menjalankan tugas secara berkumpulan, bergilir-gilir, sistematik, dan mengamalkan tabiat kerja yang selamat
C. Pendedahan pengurusan bengkel dan kecanggihan teknologi
D. Menjalankan kerja mengikut amali kehendak sendiri
3. Kemalangan di dalam bengkel berpunca dari perkara-perkara berikut. Pilih kenyataan yang benar.

I. Kecuaian
II. Menggunakan alatan tajam
III. Menggunakan alatan yang tumpul
IV. Tidak mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel

A. I dan II C. I, II dan III
B. I dan IV D. I, III dan IV

4. Susunkan langkah kendalian alat pemadam api di bengkel Kemahiran Hidup.

I. Halakan muncung pemancut ke dasar api
II. Keluarkan pin picu dan pegang alat pemadam api secara menegak
III. Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disembur

A. I, II, III C. II, I, III
B. I, III, II D. III, II, I





5. Ciri-ciri murid yang mempunyai etika kerja yang baik ialah

I. Amanah
II. Bertanggungjawab
III. Membuat kerja amali tanpa arahan
IV. Menepati waktu

A. I, II dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV


SKEMA JAWAPAN

1. B
2. D
3. C
4. C
5. A



























Jawab semua soalan

1. Tujuan utama peraturan keselamatan makmal atau bengkel adalah untuk .......
A. Melatih pelajar supaya bersikap berkerjasama dan tanggungjawab
B. Mengelakkan daripada ber- lakunya sebarang kemalangan yang tidak dinggini.
C. Melatih pelajar menjalankan dan menyiapkan kerja dengan cepat
D. Memastikan semua pelajar mengetahui dan mematuhi peraturan keselamatan.

1. Apakah kegunaan jadual kerja?
A. Bagi memastikan semua ahli menjalankan tugas mengikut giliran
B. Bagi memastikan semua murid sentiasa sibuk
C. Bagi meastikan bengkel selamat digunakan
D. Membina nilai-nilai negatif dalam diri murid

3. Kemalangan dibengkel akan berlaku jika........
A. Bilik berkerja kemas dan teratur
B. Menggunakan alatan tangan yang salah
C. Mematuhi peraturan kese-lamatan bengkel
D. Adanya tempat untuk men-yimpan alat-alat tangan

4. Jenis pemadam api yang biasa dibekalkan di bengkel ialah jenis
A. Air
B. Buih
C. Debu kering
D. Karbon dioksida

5. Antara berikut, jenis kecederaan yang manakah boleh dirawat sendiri?
A. Terputus jari
B. Luka kecil di jari
C. Tangan terkena asid
D. Mata tercucuk benda tajam

6. Mengapakah paku panel selalunya dipaku secara serong?
A. Bagi mengurangkan kos projek
B. Bagi mengurangkan ke-rosakan paku
C. Bagi menghasilkan ceng-kaman yang kuat
D. Memudahkan paku dicabut

7. Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan bod MDF?
I. Tahan haba
II. Kalis air
III. Mudah dipotong
IV. Permukaan kicin dan rata
A. I, II C. I, III, IV
B. II, IV D. I, II, III, IV

8. Apakah kelemahan bod MDF?
A. Mudah dipotong
B. Permukaan lebar
C. Tidak kalis air
D. Permukaan rata dan licin

9. Antara yang berikut, bukan peraturan keselamatan ketika menggunakan mesin gerudi lantai?
A. Pakai gogal ketika menggerudi
B. Kunci bindu gerudi dengan ketat
C. Gunakan kelajuan tinggi apabila menggerudi lubang bersaiz besar
D. Apit benda kerja pada ragum gerudi dengan kemas