Friday, July 24, 2009

BAB PERTAMA : KHB PIL 4

Bab 1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

i) Pengurusan bengkel bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan, peraturan, kebersihan dan mengelakkan kemalangan.

ii) Carta pengurusan yang baik adalah seperti berikut :-


iii) Formen akan menyelaraskan kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar secara berkumpulan.

iv) Semasa membuat kerja-kerja amali, aspek yang perlu dititikberatkan adalah ;

a) pastikan bengkel sentiasa kemas dan bersih
b) amalkan nilai-nilai? murni dalam diri, seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan mematuhi peraturan
c) sentiasa mematuhi peraturan keselamatan bengkel
d) pastikan tugasan dijalankan dengan teratur dan sistematik

v) Mengamalkan? langkah-langkah keselamatan amat penting untuk mengelakkan kemalangan

vi) Buku rekod kemalangan dan kecederaan harus disediakan dan diletakkan di dalam bengkel

vii) Etika dan budaya kerja mesti diamalkan

viii) Etika kerja bermaksud? disiplin dan sikap sesorang terhadap kerja yang dibuat, seperti menepati waktu, bertanggungjawab dan amanah

ix) Budaya kerja ialah peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi

x) Contoh budaya kerja adalah :

a) mempunyai hubungan baik dikalangan pekerja
b) menjamin mutu kerja yang baik dan produktif
c) sentiasa mengamalkan tabiat kerja yang baik
d) meningkatkan daya keintelektualan dan disiplin diri
e) Amalan 4 M ( Membersih , Menyusun atur, Mendisipilin, Menilai

No comments:

Post a Comment